29 August 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Di keheningan yang sunyi ini di kala teman-teman sepejabatku ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing, hati ini terdetik rasa syukur yang amat sangat. Mengapa dan kenapa?

Aku tak sangka yang jualan biskut raya untuk Syawal tahun ini meningkat mendadak berbanding Syawal tahun lepas. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang dikurniakanNya.

Tidak perlulah untuk menyatakan jumlah pendapatan aku itu tapi cukuplah sekadar untuk berkongsi berita gembira ini dengan para pembaca diluar sana. 

Jangan risau. Puasa dah habis, tak semestinya tempahan untuk biskut raya juga akan tamat. Terutama sekali untuk tempahan Almond London. Masih dibuka setiap hari. Harga yang sama seperti Harga Hari Raya. Nothing changed! Unless jika ada sebarang peningkatan harga untuk bahan mentah.

Blog Desserts Online akan dikemaskini dari masa ke semasa. Logo Desserts Online masih belum dikemaskini lagi. Harap bersabar. Sebab bila logo dah finalize, barulah pihak Desserts Online akan mula menempah sticker dan business card. 

Baiklah. Setakat ini sahaja untuk hari ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!