03 September 2012

Resepi: Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce




Bread Butter Pudding

7-8 Keping       Roti Gardenier (Potong 4)
100 gm             Kismis
1 Tin                 Susu Cair
5 Sudu Mkn     Gula Halus
250 ml             Dutch Lady Full Cream
2 Biji               Telur
1 Sudu Teh      Esen Vanila
2 Sudu Mkn    Tepung Kastard

Cara-cara:
  1. Pukul gula, telur, Esen Vanilla dan Tepung Kastard hingga sebati. Masukkan susu cair dan susu Dutch Lady sedikit demi sedikit. Kacau rata.
  2. Susun kepingan roti ke dalam loyang diselang-selikan dengan kismis.
  3. Tuangkan adunan susu tadi ke dalam loyang dan biarkan selama 5-10 minit.
  4. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160°c.
  5. Bakar menggunakan api atas bawah selama 30-45 minit.
Nota:

  1. Digalakkan untuk sapu butter didalam loyang pembakar dan juga diatas permukaan roti.
  2. Jangan membuka pintu oven terlalu kerap kerana ia akan membuatkan roti menjadi kecut.
  3. Untuk hiasan, anda boleh juga menggunakan buah-buahan kering seperti kurma, kranberi dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Vanilla Sauce

1    Tin     Susu Cair
4    Sudu  Gula Halus
1/2 Sudu  Esen Vanila
1    Sudu  Tepung Kastard (Bancuh dengan sedikit air dan ketepikan)

Cara-cara:
  1. Masakkan susu cair, gula halus dan esen vanila diatas api sederhana. Masak sehingga separuh mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastard perlahan-lahan ke dalam adunan susu dan teruskan kacau hingga menjadi sedikit pekat.
Nota:
  1. Vanilla Sauce ini juga boleh dihidangkan bersama-sama dengan agar-agar atau bersama dengan buah-buahan segar.
  2. Enak dihidangkan sejuk.