Bread Butter Pudding
7-8 Keping Roti Gardenier (Potong 4)
100 gm Kismis
1 Tin Susu Cair
5 Sudu Mkn Gula Halus
250 ml Dutch Lady Full Cream
2 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanila
2 Sudu Mkn Tepung Kastard
Cara-cara:
- Pukul gula, telur, Esen Vanilla dan Tepung Kastard hingga sebati. Masukkan susu cair dan susu Dutch Lady sedikit demi sedikit. Kacau rata.
- Susun kepingan roti ke dalam loyang diselang-selikan dengan kismis.
- Tuangkan adunan susu tadi ke dalam loyang dan biarkan selama 5-10 minit.
- Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160°c.
- Bakar menggunakan api atas bawah selama 30-45 minit.
Nota:
- Digalakkan untuk sapu butter didalam loyang pembakar dan juga diatas permukaan roti.
- Jangan membuka pintu oven terlalu kerap kerana ia akan membuatkan roti menjadi kecut.
- Untuk hiasan, anda boleh juga menggunakan buah-buahan kering seperti kurma, kranberi dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Vanilla Sauce
1 Tin Susu Cair
4 Sudu Gula Halus
1/2 Sudu Esen Vanila
1 Sudu Tepung Kastard (Bancuh dengan sedikit air dan ketepikan)
Cara-cara:
- Masakkan susu cair, gula halus dan esen vanila diatas api sederhana. Masak sehingga separuh mendidih.
- Masukkan bancuhan tepung kastard perlahan-lahan ke dalam adunan susu dan teruskan kacau hingga menjadi sedikit pekat.
Nota:
- Vanilla Sauce ini juga boleh dihidangkan bersama-sama dengan agar-agar atau bersama dengan buah-buahan segar.
- Enak dihidangkan sejuk.