03 September 2012

Resepi: Bread Butter Pudding with Vanilla Sauce




Bread Butter Pudding

7-8 Keping       Roti Gardenier (Potong 4)
100 gm             Kismis
1 Tin                 Susu Cair
5 Sudu Mkn     Gula Halus
250 ml             Dutch Lady Full Cream
2 Biji               Telur
1 Sudu Teh      Esen Vanila
2 Sudu Mkn    Tepung Kastard

Cara-cara:
  1. Pukul gula, telur, Esen Vanilla dan Tepung Kastard hingga sebati. Masukkan susu cair dan susu Dutch Lady sedikit demi sedikit. Kacau rata.
  2. Susun kepingan roti ke dalam loyang diselang-selikan dengan kismis.
  3. Tuangkan adunan susu tadi ke dalam loyang dan biarkan selama 5-10 minit.
  4. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160°c.
  5. Bakar menggunakan api atas bawah selama 30-45 minit.
Nota:

  1. Digalakkan untuk sapu butter didalam loyang pembakar dan juga diatas permukaan roti.
  2. Jangan membuka pintu oven terlalu kerap kerana ia akan membuatkan roti menjadi kecut.
  3. Untuk hiasan, anda boleh juga menggunakan buah-buahan kering seperti kurma, kranberi dan sebagainya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resepi Vanilla Sauce

1    Tin     Susu Cair
4    Sudu  Gula Halus
1/2 Sudu  Esen Vanila
1    Sudu  Tepung Kastard (Bancuh dengan sedikit air dan ketepikan)

Cara-cara:
  1. Masakkan susu cair, gula halus dan esen vanila diatas api sederhana. Masak sehingga separuh mendidih.
  2. Masukkan bancuhan tepung kastard perlahan-lahan ke dalam adunan susu dan teruskan kacau hingga menjadi sedikit pekat.
Nota:
  1. Vanilla Sauce ini juga boleh dihidangkan bersama-sama dengan agar-agar atau bersama dengan buah-buahan segar.
  2. Enak dihidangkan sejuk.

29 August 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Di keheningan yang sunyi ini di kala teman-teman sepejabatku ramai yang sudah pulang ke rumah masing-masing, hati ini terdetik rasa syukur yang amat sangat. Mengapa dan kenapa?

Aku tak sangka yang jualan biskut raya untuk Syawal tahun ini meningkat mendadak berbanding Syawal tahun lepas. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi dengan rezeki yang dikurniakanNya.

Tidak perlulah untuk menyatakan jumlah pendapatan aku itu tapi cukuplah sekadar untuk berkongsi berita gembira ini dengan para pembaca diluar sana. 

Jangan risau. Puasa dah habis, tak semestinya tempahan untuk biskut raya juga akan tamat. Terutama sekali untuk tempahan Almond London. Masih dibuka setiap hari. Harga yang sama seperti Harga Hari Raya. Nothing changed! Unless jika ada sebarang peningkatan harga untuk bahan mentah.

Blog Desserts Online akan dikemaskini dari masa ke semasa. Logo Desserts Online masih belum dikemaskini lagi. Harap bersabar. Sebab bila logo dah finalize, barulah pihak Desserts Online akan mula menempah sticker dan business card. 

Baiklah. Setakat ini sahaja untuk hari ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

02 July 2012

Tempahan Almond London

Assalamualaikum.


Terima kasih kerana sudi mendengar perkembangan terkini Desserts Online. Setakat hari ini, ada beberapa tempahan telah pun di ambil. Senarai tempahan akan dipamerkan di Desserts Online pada minggu hadapan (InsyaAllah).

Jangan tunggu lagi! Bagi sesiapa yang berminat, sila isi borang tempahan dengan segera. Kelewatan akan merugikan diri anda sendiri. 50 biji Almond London hanya berharga RM23.00 sahaja. Jangan lepaskan peluang ini okay..!

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi wakil pengedar/jualan, sila emailkan butiran peribadi anda ke dessertsonline@yahoo.com dengan segera. Jom kita jana pendapatan sampingan di bulan Puasa ini!!

04 June 2012

Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.


Hai readers. Sedar tak sedar bulan depan dah nak start Puasa kan? Hmm. Tempahan semakin banyak. Minggu ini aku terpaksa stop ambil order dahulu. Sebab nak kena settlekan beberapa order yang belum dihantar. Sorry guys! Your order will be post by tomorrow. Confirm!

Untuk tempahan Hari Raya ini akan dibuka mulai 11 June 2012 hingga 31 July 2012. Duhh why? Kenapa tutup order awal? Sebab takut tak terkejar dengan masa. Almaklumlah aku bukan pembuat biskut tegar 24 jam di depan oven. Siang aku kena pergi kerja. So start petang bawa ke malam baru aku boleh tumpukan 100% di depan oven.

Alhamdulillah selepas 3 bulan berkecimpung kembali dalam bidang ini, makin ramai yang ingin tempah Almond London dengan aku. Thanks semua. Appreciate sangat-sangat!

Semalam aku baru hantar Almond London dekat member aku Vio yang order sebanyak 3 bekas (20's) Thanks Darl! Katanya nak promotekan dekat member tempat kerja beliau. Hmm rezeki lebihlah hgpa raya nie. Amin. Sama-samalah kita berusaha memajukan diri ye.

Okay semua. Till then. Bye!

P/s: Senarai biskut raya akan diedarkan 2 minggu lagi. Terdapat beberapa jenis biskut yang akan dibuat untuk raya kali ini.