Showing posts with label Vegetable Shortening. Show all posts
Showing posts with label Vegetable Shortening. Show all posts

26 May 2012

Resepi Biskut Almond London




Bahan-bahan:


A) 250 gm - Butter
     1 Cawan - Gula Aising (Diayak)
     2 Biji - Kuning Telur
     1 Sudu Kecil - Esen Vanila

B) 3 Cawan - Tepung Gandum (Diayak)
    1/3 Cawan - Serbuk Badam
    1/2 Sudu Kecil - Emplex

C) Badam Biji
     Badam Cincang

D) Coklat Masakan
     Lemak Sayur/Vegetable Shortening

Cara-cara:
  1. Pukul Butter dan gula aising hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur diikuti dengan esen vanila dan pukul hingga benar-benar kembang.
  2. Ayak tepung gandum dan emplex ke dalam besen lain. Dan gaulkan dengan serbuk badam hingga rata.
  3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan uli hingga menjadi doh.
  4. Tutupkan doh dengan kain lembap (Kain jangan terkena pada doh) dan rehatkan selama 30 minit
  5. Cubit sedikit doh dan masukkan sebiji badam ke dalamnya. Buat bentuk memanjang sedikit.
  6. Sementara itu, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Panaskan oven sekurang-kurang selama 30 minit sebelum membakarr
  7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 170°C. Biarkan ia sejuk sebelum dicelup ke dalam coklat.
  8. Potong coklat masakan menjadi ketulan kecil dan masak diatas periuk berisi air yang telah dipanaskan (Double Boiled). Jika coklat masakan anda tidak cair seperti air, masukkan sedikit lemak sayuran dan kacau rata. 
  9. Biskut yang telah sejuk dicelup ke dalam coklat masakan dan dimasukkan ke dalam cawan kertas (Paper cup). Hiaskan dengan taburan Badam Cincang dan biarkan ianya beku.








27 February 2011

How to use your cocoa butter and vegetable shortening in making a Homemade Chocolate

Salam. Hari ini fi nak share sedikit tips untuk membuatkan homemade chocolate anda bertambah menarik. Kadang-kadang kita lihat chocolate orang lain berkilat dan warnanya terang dan cantik akan tetapi kepunyaan sendiri berwarna kelam dan tidak menarik.


Harus diingatkan. Penampilan sebuah coklat itu juga penting. Bayangkan kalau coklat anda sedap akan tetapi penampilannya kurang menarik juga tiada siapa yang ingin mencubanya bukan? Okay dekat sini fi nak share cara nak guna cocoa butter and vegetable shortening.



Cocoa Butter/Hy Fat/Lemak coklat.
Cocoa butter ini digunakan supaya coklat anda berkilat. Tidak perlu banyak. Hanya sedikit sahaja. Kalau terlebih guna, nanti coklat anda akan terlalu berminyak dan berketul-ketul. Cara menggunakannya adalah, setelah coklat yang anda masak itu cair, letakkan sedikit cocoa butter kedalamnya dan kacau rata. Biasanya untuk 1kg coklat, hanya 2 sudu besar cocoa butter akan digunakan. Jangan terlampau banyak okay!



Vegetable Shortening/Lemak Sayur.
Lemak sayur ditambah untuk rasa yang lagi lemak dan enak. Disamping itu juga dapat memperbetulkan apa yang tidak betul. Hahha bagaimana? Okay. Seperti yang anda semua arif, pewarna yang digunakan untuk mewarnakan coklat adalah terdiri daripada jenis minyak. Jika warna yang kita inginkan masih belum diperolehi, kita harus menuang sedikit lagi pewarna itu. Tetapi jika terlampau banyak pewarna, coklat yang kita masak akan jadi lagi pekat dan mudah beku. Oleh itu, lemak sayur disini dapat mencairkan semula coklat tersebut menjadi coklat yang lebih halus dan cair. Mudah untuk dimasukkan kedalam piping bag. Juga jangan terlampau banyak. Seelok-eloknya anda haruslah menambah sedikit demi sedikit supaya ianya tidak terlampau berminyak.